Jumat, 19 November 2010

BLACK METAL – PEROSAK AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK UMAT ISLAM

Black Metal adalah muzik yang muncul pada awal 1980-an, sama era muzik Heavy Metal. Ia berkembang daripada Thrash Metal sama seperti Death Metal. Pengasas muzik Black Metal ialah seperti kumpulan Venom, Mercyful Fate, Bathory, Hellhammer, Bulldozer, Celtic Frost dan Mayhem.
Nama Black Metal diilhamkan daripada tajuk album kumpulan Venom ‘Black Metal’ yang bermaksud logam hitam. Black Metal mengukuhkan kedudukannya pada masa kini dengan dipengaruhi kumpulan muzik dari Norway seperti Darkthrone, Enslaved, Burzum, Mayhem, Immortal, Ancient dan Emperor. Aliran muzik yang diasaskan di Barat jelas menjurus kepada pemujaan syaitan dan liriknya yang liar, ganas, mengagungkan syaitan serta perkara-perkara yang menyentuh tentang ketuhanan (anti agama) dan alam ghaib.
Di Malaysia, kumpulan ini dianggotai oleh 100% remaja dan belian Melayu Islam sahaja dengan takrifan Black Metal sebagai ideology yang cuba dikembangkan oleh golongan-golongan tertentu kepada masyarakat belia melalui alunan muzik yang berlirikkan pemujaan syaitan, anti-ketuhanan, kekejaman (pembunuhan), seks bebas dan seumpamanya.
CIRI-CIRI MENGENALI PERWATAKAN BLACK METAL
· Pakaian serba hitam yang dilambangkan dengan kepala tengkorak, bintang lima bucu dengan kepala kambing dan salib terbalik.
· Tanda-tanda yang nyata sebagai ahli kumpulan ini ialah parut di bawah dagu yang ditoreh dengan duit syiling.
· Memakai aksesori perempuan serba hitam dan apabila sudah matang sebagai ahli, mereka akan diminta memijak al-Quran sebagai tanda menghinanya.
· Ahli kumpulan terdiri dari kalangan remaja Melayu antara 15-35 tahun sebagai division satu, manakala umur 13-19 tahun dinamakan division dua.
· Berzikir nama-nama syaitan dengan mengangkat tangan (lambing syaitan).
· Masa berkumpul mereka ialah waktu lewat malam hingga menghampiri waktu subuh dengan memasang lilin, muzik yang agak pelik di samping mengangkat kedua-dua tangan dengan jari berbentuk (lambing syaitan).
PERKARA-PERKARA BERTENTANGAN DENGAN ISLAM
Aspek Akidah :
· Memijak al-Quran
· Memuja iblis dan syaitan serta membenci Tuhan
· Beramal dengan fahaman tiada agama (free thinker)
· Anti ketuhanan dan anti agama
· Mengaku dirinya telah murtad
· Merosakkan minda dan memesongkan akidah
Aspek Syariah :
· Bakar dan hina al-Quran
· Mendakwa diri sebagai pengikut syaitan
· Melakukan upacara meditasi dan pesta puja api
· Meminum arak dan darah
· Mengamalkan seks bebas
· Menggalakkan amalan bunuh diri
· Menggalakkan pembunuhan
ASPEK AKHLAK :
· Suka muzik berbentuk heavy metal, ganas, perlakuan kejam, liar, mengagungkan syaitan dan memuja roh
· Minum darah binatang yang dibunuh kejam sebagai simbolik anti ketuhanan dan semua agama
· Berpakaian tidak senonoh serta aksesori seperti rantai, salib terbalik dan pentagram, mengukir parut di bawah dagu yang ditoreh dengan duit syiling
· Suka berfoya-foya seolah-olah tiada pegangan agama dan bercampur gaul lelaki dan perempuan serta mengamalkan seks bebas
· Mempunyai kitab sendiri yang mencampuradukkan beberapa ayat suci al-Quran tulisan rumi, hadis dan Injil
· Ada remaja wanita yang berbogel sambil mengoyak al-Quran dan ditaburkan, kemudian menghina ayat suci itu dengan melakukan seks di atas cebisan naskah al-Quran
· Meminum darah kambing hitam sebagai syarat jadi ahli, minum holy water serta membayar wang ahli sebanyak RM30
    Menghisap dadah
Sebagai warga yang bertanggungjawab, kita mestilah sentiasa bekerjasama bagi menangani fahaman sesat dan ekstrim seperti Black Metal ini, bagi memastikan rakyat dan Negara ini bebas dari ancaman anasir-anasir yang terlampau, sehingga boleh menggugat keamanan dan ketenteraman Negara.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar